Kecantikan dan pakaian bukan perhiasan diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu mnejadi perhiasan diri seseorang.
Bukanlah yatim seseorang itu yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab...
Firman Allah Surah Al Zumar ayat 9 ; قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"
Selawat dan salam atas Junjungan Besar Muhammad S.A.W..
Cahaya Selawat (Ya Nabi Salam Alaika)
Alangkah Indahnya Hidup Ini
Sekadar kenangan yang dapat dilihat hampir 1400 tahun Baginda meninggalkan kita semua...namun kerinduan sering terucap dibibir...hati menuggu saat menemuinya...yang pasti diri yang hina ini merasakn malu berhadpan dengan Baginda...semoga Syafaatmu menolongku di akhirat kelak...Pemimpin Ummah yang sentiase mnyanyangi ummatnyer....meletakan segala kepayahan dan kesusahan demi umat nyer tercinte..itulah NABI KITA MUHAMMAD S.A.W......semoge Allah memnanamkan rasa kasih dan cinte yang mendalam kepada Baginda...Amin..
Al-Quran secara jelas menggesa umat Islam supaya meningkatkan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w., Allah s.w.t. berfirman: ``Katakanlah (wahai Muhammad): ``Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa- dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'' (Ali-Imran : 31).
Baju Baginda Muhammad S.A.W
Makam Baginda..
Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.
Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.
Allah s.w.t. berfirman: ``Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak(dalam masa susah dan senang).'' (Al-Ahzab: 21)
Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as
Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
Di samping itu juga, Allah s.w.t. memerintahkan kita supaya senantiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dengan firman-Nya: ``Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w.); wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.'' (Al-Ahzab: 56)
Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.
Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut...
Ramai sekali pejuang2 agama...dalam ketika merenung wajah2 yang berjuang demi agama membuatkan hati seakan tertanya2...Banyak sugguh perngrbanan yang Meraka lakukan....tapi untuk apa?? Barulah Aku paham inilah jalan yang mereka lalui untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran....Inilah jalan pejuangan...Demi Allah Pejuangan Islam Pasti Mndapat pertolongan Allah...Sudah pasti inilah jalan menuju redhaNYa..Perjuangan yang telah lama dihidupkan BAGINDA MUHAMMAD SAW...menusuk terus ke dalam jiwa2 yang mengharapakn kecintaan kepada Pemilik Alam Sejagat yang MAHA AGUNG LAGI MAHA BESAR......SUBHANALLAH....Semoga Aku termsuk dalam kalangan yang Menolong di jalan Allah...
p/s:ramai lagi pejuang2 yang tidak dimasukn gambar....walaupun tiada gmbrnyer..nmun setiap pengorbanan tetap dikenang...Semoga Pejuang2 Islam terus mendapat rahmatmu Ya Allah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Satu Proses Pembentukan Manusia Yang Begitu Mengagumkan..
Maha Suci Mu Ya Allah.....
RENUNGAN BUAT DIRKU SEBAGAI MANUSIA
1- Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.
... 2- Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.
3- Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.
4- Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.
5- Adam dan keturunannya dijadikann daripada tanah,
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu kedalam setelah mati
6-Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.
7-Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.
8-Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh… Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan…..?
"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali (1) orang-orang yang beriman,(2) dan yang beramal soleh(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".~Surah Al-'Asr.
Saat kita dilahirkan....Namun adakah selamnya kehidupan yang kita rasakan??
Saat kita dikembalikan di alam yang kekal selamanya..
Firman Allah dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:
Yang bermaksud :“Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Dari Abi Bakrah dia mendengar daripada bapanya bahawasanya seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Jawab Baginda: Orang yang pangjang umurnya dan baik pula amalannya. Ia bertanya lagi: Siapakah orang yang paling jahat? Jawab Baginda: orang yang pangjang umurnya dan jahat pula amalannya”.(Riwayat Al-Tarmizi)
3.Sewaktu di alam kubur kita akan didatangi oleh dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir untuk menyoal dengan beberapa pertanyaan. Bagi orang yang beriman dan melakukan amal soleh semasa hayatnya di dunia, dia akan dapat menjawab dengan mudah dan lancer, pada saat itu kuburnya diluaskan dengan seluas-luasnya serta dipenuhi dengan pelbagai nikmat yang berkekalan sehinggalah dibangkitkan pada hari kiamat. Sebaliknya jika gagal menjawab pertanyaan tersebut, kubur akan disempitkan dan diberikan azab seksa sehinggalah berlakunya hari kiamat.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya :“Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi”. (Riwayat Al-Tarmizi)
Kemudian Firman ALLAh SWT :
Yang bermaksud :“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).” (Surah Ali-Imran ayat: 14)
layari kehidupanmu dengan tenang...terus terbang mendapatkan kebahagian...Bahkan mendapatkn sesuatu yang menceriakan....Namun perjalanan itu penuh dengan keyakinan bahwa satu hari pasti ekau dikembalikan...maka lalui perjalan ini dengan penuh berhati-hati agar dirimu tidak merasa rugi...dalam mendapatkan Nikmat yang Hakiki...Wallahualam.
Rasulullah SAW telah menghiasi hidupnya dengan warna-warna cinta & kasih sayang. Baginda telah mencorakkan perjalanan hidupnya dengan perjuangan dan pengorbanan demi cinta kasihnya. Cinta dan kasih sayang yang tidak ternilai dan diluar jangkaan manusia biasa. Sekiranya kita menelusuri perjalanan hidup baginda serta menghayati setiap degupan nadi kehidupannya, kita akan lihat gambaran wajah kasih sayang yang terlalu mendalam serta cinta yang tidak berpenghujung pada umatnya.
Kasih baginda tak pernah padam hinggalah suatu pagi, pagi yang bersejarah, pagi yang suram dan penuh dengan kedukaan.....
Pagi itu, walaupun langit mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah saw dengan suara yg tersekat-sekat memberikan khutbah; "wahai umatku, kita semuanya dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertaqwalah kepada Nya.
Apabila malaikat maut datang menghampirinya, baginda bertanya kenapa jibril tidak bersamanya. Kemudian dipanggil jibril yg sebelumnya bersiap di atas langit dunia menyambut roh baginda.
Jibril, jelaskan apakah hakku nanti di hadapan Allah ? Tanya Rasulullah dengan suara yang sangat lemah. "pintu-pintu langit sudah terbuka, malaikat sedang menanti roh kamu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata jibril. Namun jawapan itu tidak membuatkan Rasulullah lega, malah matanya masih penuh keresahan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini? Tanya jibril. "Khabarkan kepadaku, bagaimanakah nasib umatku kelak? "Jangan khuatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku; "Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad sudah berada di dalamnya," kata jibril. Ketika it barulah nampak tanda-tanda kelegaan pada wajahnya yang mulia itu.
Detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat leher baginda menegang. "jibril, betapa sakitnya sakaratul maut ini," perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Saidina Ali yang di samping baginda tunduk dan jibril memalingkan mukanya.
"Jijikkah engkau melihatku sehinggakan engkau palingkan wajahmu, jibril? Tanya Rasulullah kpd malaikat jibril. "Siapakah yg sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal." kata jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yg tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan sahaja siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai sejuk, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar-getar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu, saidina Ali segera mendekatkan telinganya.
"Peliharalah solat dan peliharalah orang lemah di antara kamu."
Begitulah saat-saat akhir manusia agung yang jiwanya dipenuhi rasa kasih pada ummatnya. Setiap detik hayatnya adalah untuk ummatnya, setiap kepayahannya adalah untuk keselamatan ummatnya serta setiap jerih perit kehidupannya adalah untuk cahaya keimanan ini terus tersebar menyinari hidup ummatnya. Sejarahnya adalah sejarah petunjuk dan kasih sayang. Kasih sayang yang tiada ukurannya untuk kita ummatnya.
Ya Allah bertape Mulianyer persuruh Mu Muhammad SAW....Mnjadi pembuka Segala pintu kabaikan... dengan Ajaran sunnah yang begitu mulia.....Akhlak baginda yang begitu tinggi nilainya...Semoge Aku berada di bwah syafaatnyer....Mudahkn aq dlam selawat ke Atas Baginda...
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid
Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia. Dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia....